Wednesday, 17 August 2011

Lose again!!!

Hai, Hello & Salam..
just wanna share my new blog! :)

lets start it!

Awal tahun 2011 ni mempunyai kelainan seperti tahun2 lepas sebab, tahun ni umur aku mencapai angka puluh! (tiada lagi belas2) :-( ... Tapi takpe, aku semakin matang dan dewasa untuk memilih jalan kehidupan yang terbentang luas. Pelbagai perkara aku belajar, semakin hari semakin aku tahu apakah erti nilai kehidupan yang sebelum ni aku tidak ambil peduli.. Aku juga semakin mengenali perangai manusia yang diberi banyak kategori antaranya : sahabat dan juga kawan.. Aku semakin mengerti tentang kasih, sayang dan cinta.. Tahun 2011 ni juga telah memperkenalkan aku dengan seseorang yang amat bermakna bagi aku.. Dia seorang yang ceria, nakal, degil dan kadang2 manja walaupun tak tunjuk sangat la.. Aku mula kenal dengan dia melalui FACEBOOK atau FB.. Cara aku mengenalinya sangat lucu dan mudah iaitu, dia wish birthday kat aku.. huhuhh.. Bermula, dari situ laa aku berkenalan dengannya, dari IM & CHAT FB, aku bertukar number telephone.. Dan, aku mula SMS & CALL dia.. Sejak itu, aku memula mempelajari makna kasih, sayang & cinta..

Aku berkawan dengannya tidak lama hanya sekadar 5 bulan dan tidak meneruskan hubungan lagi kerana, dia tidak dapat memberi kasih sayang yang sebagaimana aku beri padanya.. Aku melepaskannya dan kami hanya berkawan sehingga kini.. Sepanjang aku berkawan dengannya aku menjadi seorang lelaki yang lebih penyayang dan PROTECTIVE (beri perlindungan kot).. :-) .. Sekarang, aku dengar dia dah bahagia dengan teman yang dia pilih.. Aku hanya mampu berdoa semoga dia bahagia, gembira dan sentiasa ceria dalam kehidupan dia yang ditempuhinya..

Aku kini hanya seorang lelaki biasa yang tidak lagi mencari perempuan atau cinta kerana aku percaya ALLAH SWT telah menentukan siapa jodoh aku suatu hari nanti.. AMIN!!!

 

No comments:

Post a Comment