Thursday 8 November 2012

Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum w.b.t..

Bulan November dah menjengah. Kurang sebulan lagi kita akan meninggalkan 2012 dengan penuh kesedihan, kegembiraan, kedukaan dah segala "ke" yang adalah..

7/11/2012 - 11.55pm

2-3 hari  ini aku rasa tak tenang dan gelisah. Hati aku berdebar2 dan tak tenteram (Ya ALLAH) kenapa semua ini berlaku? Mungkin aku sedang di uji oleh Maha Penciptaku ALLAH s.w.t akan sesuatu yang ingin membuatkan aku sedar dari khayalan dan mainan dunia.. Mungkin ingin mengingatkan aku bahawa aku semakin lalai dan tidak mengendahkan perintahNYA (astaghafirullahalazim)..

Ya Allah, sesungguhnya aku mengaku bahawa aku lalai dan tidak menurut perintahMU. Bahkan aku sering melakukan larangmu dan melanggar segala perintahMU. Aku berdosa kepadaMU Ya Allah. Aku ingin kembali kepada landasanMU dan melakukan segala perintahMU. 

Ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan.

Ya Allah, Aku mohon kepadaMU, terangilah hatiku dengan cahaya dan hidayahMu, kau permudahkan segala urusan yang menjadi kekusutan dalam diriku, sesungguhnya aku hanya insan yang lemah dan tidak terdaya untuk melawan segala takdirMU. 

Ya Allah, kau ampunkan segala dosa yang telah aku lakukan dari ketika aku kecil sehingga kini, semoga aku tidak menjadi umat yang hina disisiMU. 

Aku bertekad tidak akan lagi melakukan kesilapan. Aku berubah menjadi insan yang berguna dan patuh kepada agamaku. 

Semoga aku memperolehi keberkatan dalam kehidupan aku yang seterusnya. Insyaallah.

Ameen ya rabbalalamin..



Saturday 2 June 2012

~~ Antara Pilihan atau Takdir ~~

 Dapat satu ungkapan yang sedang bermain dan berlegar dalam fikiran!


TERLALU BANYAK YANG TERJADI DALAM HIDUPKU, AKU SELALU BERADA DIPERSIMPANGAN.... PERSIMPANGAN YANG MENENTUKAN DUA TAKDIR YANG BERBEZA..

AKU SEDAR SETIAP PERSIMPANGAN ITU, AKU HARUS MEMILIH ANTARANYA.. MANUSIA TIDAK PERNAH DAPAT KESEMUANYA. HIDUP INI TERLALU SINGKAT UNTUK MEMIKIRKAN PERIHAL YANG AMAT PANJANG..

WALAUPUN SESUATU YANG SINGKAT AKAN BERLAKU DALAM KEHIDUPANKU YANG TERASA BERLALU, KERANA AKU MENEMUIMU SEKARANG DALAM KEHILANGANKU DI MASA LAMPAU..



p/s: Mencari setiap makna ayat ni! :(

Thursday 17 May 2012

The new Fareez Nazry!

assalamualaikum w.b.t
pembuka kata!

wah wah wah, sudah banyak habuk dekat blog ni!
huhuhh..
kesian blog ni dah lama tak update..

untuk entry kali ni, aku nak sharing sikit pasal diri aku yang serba baru ni!
:D~~~
bak kata MAT SALLEH : "sharing is caring", tapi perpatah aku pulak "you sharing I don't care"
hahaha! bertapa kejamnya aku ni.

FYI (kepada yang berminat jela), aku sekarang bukan lagi student UNISEL. Aku dah berkerja sekarang! yeeepppiiii...
takde lagi masuk kelas lambat, buat assignment, belajar untuk final dan sweet moment  meng"USHA" awekss course lain.
hhuhuhu.

Sekarang semua berbeza, lebih tumpu pada kerja, kurangkan aktiviti kegemaran.. setiap masa yang berjalan adalah kerja!
huh!
penat jugak kerja ni kan!
patut laa bapak aku balik kerja terus tidur.. baru aku tahu TAHAP KEPENATAN bila bekerja..
fuhhhh..

tapi yang paling aku suka, perbuatan meng"USHA" awek time kat "U" dulu boleh dijalankan seperti biasa kat tempat kerja.. hahahaaha..

hurrrmmmm.. alamak stop sini dulu laa.. boss aku dah nampak pulak aku tulis entry ni!
dusshh dusshh!!
sorry boss! sy buat kerja ni!
hahhaahha..

okay bye bye!
see you on next entry! 

:D :D :D :D

Sunday 12 February 2012

Love Story!!!!

Hei Hei Hei Hei!!!!
Sorry lama tak update dahhh (ekeleh, macam dah bertahun tak update laa pulak) huhuh..

JOM kita lanjutkan entry yang lepas ehhh. Tapi kali ni aku akan "adaptasi" dalam bentuk lirik & fikir sendiri laa kesudahan cerita ni tau!! :) :) :) (NAMPAK NOO, pemalasnya aku nak mengembangkan cerita ni lagi) hikhikhikhik..

Lirik lagu ni aku pilih sebab amat menepati dengan Kisah Cinta aku yang pertama. hhmmmmm............

Oh ini kisah sedihku,
Ku meninggalkan dia,
Betapa bodohnya aku,
Dan kini aku menyesal,
Melepas keindahan,
Dan itu kamu,


Tuhan tolonglah aku,
Kembalikan dia,
Ke dalam pelukku,
Karena ku tak bisa,
Mengganti dirinya,
Ku akui jujur aku tak sanggup,
sungguh aku tak bisa,

Dan tlah ku jalani semua,
Cinta selain kamu,
Tapi tak ada yang sama,

Beribu cara kutempuh,
Tuk melupakan kamu,
Tapi tak mampu,


oooo, sungguh aku tak bisa,
jujur aku tak sanggup,
sungguh aku tak bisa.

Macam mana?? Sedihkan?? Aku sedar memang semuanya salah aku. Aku redha dengan ketentuan tuhan. Tapi aku tak mengalah dan menyerah kerana aku yakin ada yang lebih baik menanti di masa hadapan.
:) :) :) :)
Sekian...



Thursday 9 February 2012

Love Story

Hey Hey Hey..

Assalamualaikum korang, korang, dan korang semua... :)
Entry kali ni, nak share sikit pasal LOVE STORY a.k.a KISAH CINTA!! (apa nak jadi dengan aku ni, ADAKAH minggu ni merupakan minggu JIWANG aku?? blurrrrr!!!) hahhaa.. So, apa lagi jom baca kisah cinta aku yang pertama...

CERITA 1:

Kisah bermula sebaik saja aku pindah sekolah, dari SHAH ALAM ke KLIA, Sepang (dulu tempat ni jin yg tinggal, sekarang dah jadi pebandaran) huhuhu.. untuk men"short"kan story ni, setelah sebulan aku sekolah kat area sepang ni, aku mendapat surat layang yang harum semerbak baunya.. (ni mesti pinjam bedak kakak or mak kan?) :-P, dalam surat tu berbunyi begini:

" Hai awak, Hari-2 saya tengok awk. Boleh tak, saya nak jumpa awak balik sekolah hari-2?? Saya suka awak la, sebab awak baik dan CUTE.. hehehe..
Yang Menyukaimu,
si cute

Walaweyh, time tu melonjak kegirangan, sampai tak ingat dunia (kecik-2 dah ada peminat rahsia, nampak kat situ ada ciri-2 seorang lelaki idaman) hahaha.. Oleh kerana terlalu gembira, satu hari senyum kambing woo.. sampai makan pun tak lalu. Besok harinya, aku menunggu si DIA untuk berjumpa.. Alangkah terkejutnya aku, orang yang suka kat aku tu rupa-2nya orang yang aku minat. Haaaaaa, memang tak bertepuk sebelah tangan..

BERMULA laa kat situ kisah cinta monyet antara aku dan dia................................ :)

apakah terjadi seterusnya?? adakah aku dan dia bersama ataupun sebaliknya?? kita tunggu di entry seterusnya... :) :) :)

p/s: dah ngantuk sebenarnya.. sebab tu stop awal.. hikhikhikhik ;) 

Monday 6 February 2012

:) :) :)

Assalamualaikum W.B.T!!!

Hai Hai Hai Hai!!!  :) :) :)

Entry kali ni agak jiwang sikit sebab tengah typing story ni sambil dengar lagu WINTER SONATA version Piano (kejadah apa pulak aku buat ni, memalam nak jiwang) :-p..

Kenapa laa perasaan sayang & rindu ni tetiba je datang?? (i don't like this situation) arrgghhh!!! tapi, aku ni hanya manusia biasa.. tak mampu untuk menghalang.. Setiap MANUSIA yang dicipta oleh ALLAH S.W.T akan mempunyai rasa sayang dan rindu (kecuali kalau DIORANG tu bukan manusia laa) jeng jeng jeng..

Sebagai Manusia kita berhak untuk mencintai dan dicintai (dah mula dah jiwang karat 18) huhuhu.. Semakin aku layan perasaan ni, semakin begelora JIWA aku ni (SABAR FAREEZ SABAR).. APAKAH yang harus aku nak lakukan??? (nampaknya, "legend of casanova" dah lupa laa kaedah-2 yang telah dipelajari dulu) hahahaha... :) :) :)

hmmm, rasanya mahu saja aku menjerit ataupun nak terjun ke kolam renang (mana yang best ehh??) huhuhu.. aku biarkan jela perasaan ni.. kalau dilayan makin susah nanti.. (haaa, tula mengada2 lagi nak jiwang..sekali kena padan muka aku) :) :) :)

okay stop kat sini dulu yerk (ada idea aku sambung), aku dah blur + pening ni = no idea..
bye bye bye


 

Thursday 2 February 2012

FEBRUARY 2012 - Bulan Berdiet!!!

Hello Hello Hello Hello... :) :) :) :)

Pejam celik, pejam celik dah masuk bulan Februari 2012 (sangat pantas masa berlalu yerk). Entry kali ni cerita sikit pasal diet (huwawawawa, konfirm aku dah gemuk, perut pun dah kedepan).. adoiii!!!!
Malu, malu, malu!!! huhuhuh..
So, aku dah berazam nak turunkan berat badan.. hhahaah.. entry yang lepas pasal injury kan, dari injury tula menyebabkan badan aku jadi seperti anak gajah yang baru hidup (baru hidup ke nak belajar berjalan.. eerrrrr??) konpius disitu.. huhuhu..
Tapi, macam mana nak 'start' diet ehh?? alamak, dah lupa laa plak.. hahahah.. Apa-apa pun tunggu kemunculan aku dengan badan seperti AARON AZIZ!!! huwawawawa (ambooii, berangan nak badan mcm mamat tuh!!!)

nampaknya aku sudah kehabisan idea, mental block sekejap!!!! teng teng teng..
bye bye bye bye..

Salam Februari

Semoga Kehidupan Kita Lebih Berkat


Friday 27 January 2012

hai hai hai..
gong xi fa cai.. gong xi fa cai!!! selamat tahun baru cina untuk semua warga Chinese yerkk!! :)))
tahun ni tahun naga, so, aku harap akan menjadi fleksibel seperti naga.. huhuhuhu..

okay entry kali ni nak cerita pasal benda lain laa pulak.. sebab entry sebelum ni cerita pasal minat.. so, kali ni nak cerita sikit pasal kaki aku yang INJURED teruk okay.. kejadian ni baru belaku kira2 3 hari yang lepas.. apabila aku turun training bolasepak (hajat hati nak turun kan berat badan, sebab badan dah macam gajah) :P, so, lepas training saya akan join geng2 pakcik tua untuk menunjukkan skill yg tak laa hebat sgt tapi setakat "ole" orang takde hal laa (tula belagak + niat jahat sebab tu kena tackle) hehehe..

maka tersebut laa kisah, tengah bawa bola dengan stail ala-ala CR7, aku terasa satu hayun lembut menerjah hingggap kat kaki kanan aku.. so, daripada gaya ala-ala CR7, aku bertukar menjadi superman.. melayang badan aku apabila diterjah dari belakang.. Maka dengan ini, aku isytiharkan bahawa aku pengsan dekat tempat kejadian (ingat nak berlakon sakit, tapi pengsan terus)!!! adoiiii, tuhan saja yang tahu sakitnya bagaimana..

kemudian, aku diihantar ke hospital berdekatan (paling dekat pun putrajaya kot, agak2 30minit laaa nak sampai).. agak2 dah sampai, aku cuba menjadi hero (seperti hero hindustan) tapi tak berdaya.. kaki aku terkulai layu bak daun keguguran.. hmmm.. doktor mengesahkan yang kaki aku mengalami keretakan di bahagian pergelangan kaki dan pangkal peha aku mengalami kekoyakkan tisu dalam (aku pun tak faham doktor tu explain, time sakit di explain pjg lebar memang tak dgr laa) !!! :)) aku dinasihat kan doktor utk berehat selama 6 bulan atau setahun!!! mak aiii, dah macam bertunang pulak.. huhuh..

so, sekarang aku hanya mampu melihat dah menahan keinginan nak bermain bola sepak.. adoiii lamanya berehat!!!! doktorrrrr!!!!! saya nak main bola sepak!!!!

hmmm.. sampai sini dulu laa cerita ni.. ada sambung lagi nanti yerk.. :)) tunggu..
bye bye bye bye!!!

Friday 20 January 2012

die hard fans!!

Halo Halo Halo!!!

Sudah lama talak update ini blog.. Manyak busy woo!!!

Okaylah, entry kali ni nak sembang sikit pasal fans..
FANS??? apakah itu?? Sekali search kat internet beribu maksud, so, aku amik satu je maksud iaitu PEMINAT @ MINAT!! Seperti yang korang tahu, setiap manusia mesti mempunyai sifat atau rasa MINAT kepada sesuatu ataupun orang kan kan kan!! Sekarang, aku nak kongsi sikit pasal MINAT aku (pasal blog laa).. :)

Dah banyak blogger yang aku baca blog mereka, tapi satu pun tak tarik minat nak baca blog diorang.. Malah, blog yang "FUNKY" sama jugak.. Tapi, sejak aku terbaca blogger sorang ni, aku jadi tertarik dengan blog dia.. aku sanggup on LAPPY hari-hari untuk tunggu next STORY dia.. Setiap kali aku bukak je blog ni, mesti aku NEW TAB untuk  blog SI DIA jugak!!! (adoii, dah demam cintan ke??) ish ish ish.. Nak ikut kan, semua story dia biasa je.. takde yang menarik pun.. hmmm.. ENTAH LAA DEN PUN TAK TAU!!

hmm, sekarang ni aku jadikan dia sebagai idola untuk jadikan BAHAN untuk tulis blog ni.. hehehehe.. (sorry awak) :-p, dan aku jadikan diri aku ni FANS dia secara officially (ikut suka hati aku je).. huhuhu..
Stop sini dulu.. Nanti continue lagi.. Bye Bye!! See you soon!! :)

Saya Sangat Minat si PENULIS BLOG tu!!

Thursday 12 January 2012

All About Life!!

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera blog!!!

aku dah 21 tahun!! alhamdulillah.. terima kasih ya ALLAH, kerana kau telah memberi kesihatan kepada diri aku.. :) , AMINNN!!!

all about life??? aku pun tak tau nak cerita apa, hentam jela.. hmmm

kini, aku dalam dilema dan persimpangan hidup!! tak tahu nak buat pilihan.. aduhhh.. susahnya nak buat pilihan.. macam mana ni... hmmmm.. apa2 pun aku kena jugak buat pilihan, dan keputusannya aku hanya mendiamkan diri.. malas nak fikir, layan dan apa benda yang berkaitan lah.. :-p 

betul ke keputusan aku ni?? aku tak mahu semua orang sakit hati, kecewa dan sedih sebab benda tu.. tapi, entah laa.. aku pun tak tau.. biarkan masa menentukan jela.. yang penting aku bahagia.. huahuhauahu..
aku nak menjadi manusia yang kejam.. supaya aku tak dipijak dan senang untuk dijatuhkan..
SORRY GUYS!! I HAVE TO DO IT, FOR MY FUTURE... (kalau korang rasa tak senang, BOLEH BLAH) tiada belas kasihan..

:) :) :) :) :) :) : ) :) :) :) :) :)



Saturday 7 January 2012

New Year 2012!!! :)

Assalamualaikum W.B.T!!!

Sorry, dah lama tak update.. Busy dengan kerja dan kelas.. :)

okaylah sebagai permulaan, selamat tinggal  tahun 2011 banyak kenangan tak dapat aku lupakan.. 2011 mengajar aku menjadi lebih dewasa dan mengajar aku membuat sesuatu perubahan yang ketara dalam hidup aku.. aku juga mempelajari kerenah dan perangai manusia, bak kata perpatah "RAMBUT SAMA HITAM, TAPI HATI LAIN-LAIN".. Banyak lawan dari kawan.. Bila senang semua ada, bila susah seorang pun takde.. Yang penting, kita kena pandai memilih sahabat.. Dan, sahabat yang kekal berada di samping kita ialah, ahli keluarga kita.. :)

2012 menjelma tiba, tapi aku tak mengendahkan kedatangannya kerana ia tidak penting.. bagi aku, niat dan nawaitu kita itu lebih penting.. dan dengan adanya 2 pekara itu, kita perlu berusaha untuk melakukannya.. hmm.. 

tinggal 2 hari lagi, umur aku menjengah ke 21 tahun.. Syukur alhamdulillah dan aku berterima kasih kepada tuhan yang esa kerana masih memberikan aku peluang untuk hidup.. Aku kini meniti hidupan harian aku dengan ahli keluarga.. TIADA LAGI CINTA.. aku akan lebih fokus untuk membina empayar aku dan memperbanyakkan amalan ku.. Cinta aku kini hanya kepada ALLAH S.W.T & KELUARGA AKU!!! :)

yang ikhlas :)

fareez nazry