Saturday, 7 January 2012

New Year 2012!!! :)

Assalamualaikum W.B.T!!!

Sorry, dah lama tak update.. Busy dengan kerja dan kelas.. :)

okaylah sebagai permulaan, selamat tinggal  tahun 2011 banyak kenangan tak dapat aku lupakan.. 2011 mengajar aku menjadi lebih dewasa dan mengajar aku membuat sesuatu perubahan yang ketara dalam hidup aku.. aku juga mempelajari kerenah dan perangai manusia, bak kata perpatah "RAMBUT SAMA HITAM, TAPI HATI LAIN-LAIN".. Banyak lawan dari kawan.. Bila senang semua ada, bila susah seorang pun takde.. Yang penting, kita kena pandai memilih sahabat.. Dan, sahabat yang kekal berada di samping kita ialah, ahli keluarga kita.. :)

2012 menjelma tiba, tapi aku tak mengendahkan kedatangannya kerana ia tidak penting.. bagi aku, niat dan nawaitu kita itu lebih penting.. dan dengan adanya 2 pekara itu, kita perlu berusaha untuk melakukannya.. hmm.. 

tinggal 2 hari lagi, umur aku menjengah ke 21 tahun.. Syukur alhamdulillah dan aku berterima kasih kepada tuhan yang esa kerana masih memberikan aku peluang untuk hidup.. Aku kini meniti hidupan harian aku dengan ahli keluarga.. TIADA LAGI CINTA.. aku akan lebih fokus untuk membina empayar aku dan memperbanyakkan amalan ku.. Cinta aku kini hanya kepada ALLAH S.W.T & KELUARGA AKU!!! :)

yang ikhlas :)

fareez nazry       

No comments:

Post a Comment