Thursday 8 November 2012

Ketenangan Jiwa

Assalamualaikum w.b.t..

Bulan November dah menjengah. Kurang sebulan lagi kita akan meninggalkan 2012 dengan penuh kesedihan, kegembiraan, kedukaan dah segala "ke" yang adalah..

7/11/2012 - 11.55pm

2-3 hari  ini aku rasa tak tenang dan gelisah. Hati aku berdebar2 dan tak tenteram (Ya ALLAH) kenapa semua ini berlaku? Mungkin aku sedang di uji oleh Maha Penciptaku ALLAH s.w.t akan sesuatu yang ingin membuatkan aku sedar dari khayalan dan mainan dunia.. Mungkin ingin mengingatkan aku bahawa aku semakin lalai dan tidak mengendahkan perintahNYA (astaghafirullahalazim)..

Ya Allah, sesungguhnya aku mengaku bahawa aku lalai dan tidak menurut perintahMU. Bahkan aku sering melakukan larangmu dan melanggar segala perintahMU. Aku berdosa kepadaMU Ya Allah. Aku ingin kembali kepada landasanMU dan melakukan segala perintahMU. 

Ya Allah, gantikanlah di tempat keresahan ini dengan kedamaian, di tempat kedukaan dengan kegembiraan dan di tempat ketakutan dengan keamanan.

Ya Allah, Aku mohon kepadaMU, terangilah hatiku dengan cahaya dan hidayahMu, kau permudahkan segala urusan yang menjadi kekusutan dalam diriku, sesungguhnya aku hanya insan yang lemah dan tidak terdaya untuk melawan segala takdirMU. 

Ya Allah, kau ampunkan segala dosa yang telah aku lakukan dari ketika aku kecil sehingga kini, semoga aku tidak menjadi umat yang hina disisiMU. 

Aku bertekad tidak akan lagi melakukan kesilapan. Aku berubah menjadi insan yang berguna dan patuh kepada agamaku. 

Semoga aku memperolehi keberkatan dalam kehidupan aku yang seterusnya. Insyaallah.

Ameen ya rabbalalamin..



No comments:

Post a Comment